Friday 26 August 2011

zakat, muallaf, perpaduan..

emm entry kali ni aku cuba utk kompres kan 3bnd sekaligus iaitu zakat, muallaf dan perpaduan..

1) ZAKAT





pembayar zakat sedang berurusan dgn Amil (+- pengutip) zakat


rs nya aku tak perlu utk hurai panjang isu ni..sbb aku harap smua pembaca sedia maklum isu hot skrg ni..
apa yg aku blh kata, Duit Zakat adalah milik Asnaf yg 8 [boleh Google utk fhm siapa Asnaf yg 8]

jd bl mn kita smua faham bhw dt kutipan zakat tu adalah hak milik mutlak asnaf yg 8, knp mst pihak yg tlh d amanahkan utk menguruskan dt zakat tu kikir, kedekut, berkira, acuh tak acuh dll dlm usaha lepa utk menghulurkan bantuan kpd golongan2 yg mmerlukan??

 ada 8 golongan penerima zakat

ITU DUIT MEREKA [asnaf yg 8]...hang dh d pertanggungjawabkan utk bantu lepa, jd bantu ja la...skupang pn dt gj hg tak berkurang aih...

yg plg aku sakit ht sekali, bl pegawai zakat tu kata kt ibu tunggal tu "Duit peruntukan zakat dh hbs!"
then bl ibu tunggal tu dtg kembali dgn membawa surat sokongan drpd YB, tb2 ja dpt bantuan on d spot??? mai kok mn plk dh dt peruntukan yg kononnya dh hbs tu???

tak tau plk aku pegawai2 zakat ni ada kelulusan dlm bidang Magis jgk..=P
David Copperfield pn stakat blh bg hilang kapai terbang ja..magik nk bg muncul blk dt yg dh hbs, dia xbljq lg kot...keh3 =P
kan bagus kalau smua asnaf yg 8 blh ceria mcm ni =D


utk maklumat lbh lanjut pasai isu ni, blh klik link ni..BACA SAMPAI HABIS..
 http://www.malaysiakini.com/news/174157


2) MUALLAF
em...ni satu lg isu hot...bg aku, ada 3golongan muallaf ni..
~ Ayu

a) Muallaf yg btl2 berusaha utk dptkan ISLAM dan mjd mukmin sejati

golongan ni dpt Islam mlalui pencarian demi pencarian..byk kisah2 yg kita bc mgenai saudara baru kita ni..
blh tny Pak Cik Google utk kisah2 muallaf ni..dan biasanya, mereka ni pasti d uji dgn pelbagai ujian yg hebat2 belaka..
 tny ja apa pn kt pak cik ni, dia xmarah aih...

harus d igt, "Lagi d Sayang HambaNya, Lagi d Uji.."
dan akhirnya lepa bjaya mjd seorang mukmin yg hebat! contoh yg jelas, Ust Farid Ravi, Ust Ridhuan Tee, Idham Lim, Shah Kirit dll..ALHAMDULILLAH..

nm dekat2 sama dah..hehe..tp ilmu jauh beza..=S


b) Muallaf yg btl2 berusaha utk dptkan ISLAM, tetapi 'Tawar Hati' akhirnya

golongan ni pd mulanya btl2 berminat utk mdalami Islam..mereka mula puasa senyap2, bc tafsir, dll..bl mereka mengucapkan kalimah Laa Ilaa Ha Illallah, tak lama selepas tu hati mereka mjd tawar terhadap islam...tak berminat lg..kecewa..hampa..terluka dll..
sbb nya???
jgn salahkan mereka...tp salahkan MELAYU yg Islamnya secara warisan..atau dgn kata mudahnya, ISLAM KETURUNAN..Islam yg dperoleh melalui ibu bapa..golongan muallaf ini berasa hampa dan kecewa bl mn mereka melihat Melayu yg beragama Islam tetapi tidak berakhlak dgn Islam..

- gambar hiasan

 ibarat pemilik pusat pelangsingan badan, tetapi mempunyai badan yg obes..xperlu la aku hurai isu ISLAM KETURUNAN ni..blh tgk dgn sendiri d dada2 akhbar..IC nya beragama Islam tp kerja sbg pelacur..IC nya beragama ISLAM tp penagih dadah..IC nya beragama ISLAM tp perogol bersiri...ringkasnya, IC nya sj yg ISLAM, bkn pemilik IC tu..=P

 lagi gambar hiasan =P

rata2 muallaf ini keliru dgn perkataan MELAYU dan ISLAM itu sendiri..mereka melihat ISLAM itu adalah MELAYU....dan MELAYU itu adalah ISLAM..no no no no...

kita d Malaysia ni shj yg d jumudkan fikiran bahawa ISLAM itu MILIK MELAYU..hakikatnya ISLAM itu adalah satu cara hidup yg d utuskan oleh Allah kpd Nabi Muhammad s.a.w yg berbangsa Arab [npk tu, bangsa Arab, bkn bangsa Melayu] sbg panduan kepada SELURUH UMAT MANUSIA..

 fahamkan maksud way of life..

bl mn muallaf ni melihat islam yg terzahir pd segelintir kaum Melayu yg rosak, mereka merasakan bhw "eh, ini ka Islam??"
dan yg plg teruk sekali, bl mn muallaf2 ni tidak mdpt perhatian, bantuan, sokongan dan bimbingan drpd mereka2 yg sudah lm memeluk agama ISLAM....yg plg teruk skali bg aku, bl mn KITA memandang sinis dan serong terhadap mualaf ni....Nauzubillahi min zalik...ISLAM itu agama perpaduan, jd knp mst kita bt mcm tu kat saudara baru kita?

 I Support Love And Making Peace

ya, junior aku br masuk islam..mendengarkan kisahnya, aku yg beragama Islam ni terasa malu9 sgt9 dgn segelintir org Islam yg xmembantunya...mmg tak d nafikan ada yg membantu, tp harus d ingat, ibarat nila setitik rosak susu sebelanga..tp aku bersyukur, junior aku tu punyai smgt yg kental dan jiwa yg xmudah kalah dgn ujian..berkat sumbangan ikhlas insan2 yg masih punyai perasaan kasih dan sayang sesama Islam itulah junior aku survive dr hari ke hari..terima kasih kpd seorang ustaz yg sanggup memberinya duit blanja bulanan utk tampung perbelanjaan harian dia..ALHAMDULILLAH..

Aku harap junior aku tak tergolong dlm muallaf golongan kedua ni, tp berjaya mjd muallaf golongan pertama!

c) Muallaf yg masuk Islam tp akhirnya murtad kembali

bukan gambar hiasan

hmmmm...pyh aku nk hurai yg ni..dan tak perlu rs nya nk hurai pjg2 isu ni..
mereka pd mulanya tertarik dgn keindahan ISLAM yg dsampaikan mlalui bahan pembacaan dll..tetapi akhirnya mereka kembali ke agama asal dsebabkan bberapa faktor..antaranya ialah:
- tiada bantuan ketika kesusahan
- pengaruh rakan yg ln
- merasakan tiada beza antara masuk Islam atau x..dan mereka merasakan agama asal lbh bagus..


Ya klu kita bc paper, gejala murtad mmg dh lm dperkatakan..dl mufti perak, T.S Harussani Zakaria ada utarakan isu gejala murtad yg membimbangkan...
cuma 1ja..jgn salahkan pihak2 ln dlm isu ini..tp salahkan pihak kita sendiri..soal blk diri sendiri, apa yg kita dh bt utk bantu muallaf2 ni??? jgn jd seperti pepatah, "Kaki tak pandai menari, lantai dikatakan tidak rata"..

 ini roda basikal xcukup bulat ka apa ni..

dan tak perlu la aku nk sembunyikan perkara ni, xhbs2 diorg dok kata gerakan kristianisasi begitu agresif dlm memurtadkan umat Islam..lg sekali aku nk kita ramai2 pikir, d mn pendakwah2 kita? d mn JAKIM?? d mn pusat zakat dll..dan yg plg penting, d mn sumbangan kita?

Kerap kali d canangkan Islam agama kasih sayang, Islam menitikkan persaudaraan, umat Islam itu bersaudara dll..tp soal blk diri kita yg beragama Islam ni, pernah tak kita mengamalkan kasih sayang sesama umat seperti yg d anjurkan Islam?? aku bercakap ni dlm konteks kaum Melayu sbb skop aku ialah negara Malaysia..

hmmmm...modus operandi gereja mudah ja..gunakan kasih sayang dan tiada paksaan..

 ayat ni famaous

percaya atau x, dlm sebulan pihak gereja akan kol golongan fakir miskin sebulan 2,3kali bertanyakan masalah yg d hadapi dan bantuan yg dperlukan..stp bulan mereka akan menghulurkan rm1000 kpd fakir miskin..
tetapi d pihak kita, si fakir miskin sendiri yg perlu mencari pusat zakat...selepas mlalui pelbagai kerenah pegawai2 zakat, baru lah dpt bantuan.......itu pn, hny lah brp ratus shj sbulan...itu pn klu dpt..hmmmmm...

bkn aku nk condemn pjbt zakat, sbb ada yg bagus tu, mmg bgus la..tp yg bt aku sakit ht, ada plk pihak2 yg tak brp nk cerdik akal ni cakap,
"Ya la, pjbt zakat kasi dt ckt ja so that fakir miskin ni blh berdikari, bt bisnes kcl2an dll..letih la klu 'hr2 nk bg diorg mkn ikan'...dats y pjbt zakat kasi 'fishing rod'..suh diorg tgkp ikan sendiri plk.."

Ya Allah...aku rs mcm nk tampaq ja mulut yg kata tu...hello, klu anak sampai 6-7 org, ibu tunggal, rm200-300 tu nk mniaga apa?? pikir la..anak2 pn kck lg, mn ada kesempatan nk bniaga...200-300 tu nk mkn pn tak lps, apatah lg nk beli perkakas utk berniaga...adoi la...

mlalut pjg aku...geram...


3) PERPADUAN..

Perpaduan is Unity
 
em, ya aku support slogan 1Malaysia..so that we can unite all together tak kira bangsa tak kisah la kita melayu, cina, india, kadazan, dusun, dll...tp aku tak suka bl ada unsur2 racism ni...tak kisah la siapa yg start dl..cuma jgn kita tuding org ln, tp tny diri kita dl, adakah kemugkinan kita juga menyumbang kpd racism ni..

hr tu, aku sgt tersentuh dgn peristiwa yg berlaku dpn mata aku sendiri..ini cerita btl2 perpaduan 1Malaysia pny..

ms tu aku d kdai gunting rambut Veera, d Telok Ayer Tawar..time turn aku tu, tb2 barber tu stop gunting rambut bl ada seorang pakcik tua masuk kdai dia..aku mmg xnpk gerak bibir dan isyarat tgn lepa..diorg juz cakap mcm bisik2 ja..gn nada rendah..ya la, time gunting rambut kna la buka spek, mn nk npk gerak bibir diorg..yg aku npk, org tua melayu tu hulur dt kt barber tu..then bl org tua dh kluar dr kdai, br la barber tu bsuara...

barber tu cakap kt aku, "Dia susah pny org...kja guard..xdak dt mau makan..jd sy kasi dia pinjam dt la..td dia dtg byr hutang sm sy..ada dt, br dia byr..sy ksian juga sm dia..sy tak kisah pn apa org dtg, sy mst tlg.."

aku dh mcm malu blk dgn bangsa sendiri bl melihat situasi tu..Seorang lelaki India bg pinjam dt kat lelaki Melayu...hmmm...bkn nya salah, tak salah pn..[yg slh ialah mereka2 yg xmau tlg...] cuma tersentuh la bl tgk smgt perpaduan 1Malaysia..tak kira apa bangsa, barber tu tlg ja..

p/s: barber tu pn ada kata jgk, ada yg pjm dt, xbyr2 trs pn ada..tp dia tetap tak kisah..mn nk cr insan hbt mcm barber tu?? payah mau cari woooo....

~ yg sedihnya, bl barber tu pernah luah perasaan kat aku...anak dia result bagus, tp xdpt sambung degree....byk X dh bt rayuan....asyik xdpt ja...sedihnya aku dgq...alih2 anak dia p kerja kt singapore..
----------


PENUTUP:

harap tepat mengenai sasaran


~ringkasnya, klu anda sudah d amanahkan dgn sesuatu tanggungjawab, laksanakanlah sebaik mungkin..kelak semua org akan d soal d akhirat kelak tentang tanggungjawab yg telah diamanahkan kpd kita..
bkn HSBC Amanah tau..=P

 
~ bantu la saudara baru kita dgn apa jua bantuan yg kita mampu...xblh tlg ratus2, ribu2, tlg tpup pn jd la..dan jgn pandang serong..klu muallaf tu mula tawar ht, bimbing la dia kembali..jgn biarkan dia terumbang ambing sorg2..kelak kita pn akan dpt jgk 'saham' klu kita mjd penyumbang kpd kemurtadan dia...

 hulurkan tgn, ringankan beban..


~ xperlu la racism2 ni......sudah2 la....aku mengharapkan Malaysia mcm time aku kck2 dl...kwn2 aku Melayu Cina India smuanya blh main sm2, gelak ktawa sm2, dll..

dh mcm kaki arnab pn ada aku tgk katun2 ni..=P

dan so far, spjg aku d alam dewasa ni, br jumpa 2,3 org yg tak mengamalkan racism..
iaitu Chiam Cheah Bin [ada d frenlis fb aku], Ah Song, lg apa tah lg sorg tu, xigt plk nm dia..

>> Serius lepa ni langsung tak racism...mintak la tlg bl2 ms pn, anytime...
* Chiam sdiri pnah tlg aku tnp d minta time aku tgh serabut dgn Final Yr Project..terharu gl ms tu tb2 ada org dtg dgn sukarela..
 mn nk cr sahabat mcm ni.. =D

* Aku penah ketuk rmh Ah Song time awal pg (lps subuh) utk mtk tlg dia bkaitan FYP aku..dia xda merungut pn aku kcu dia tdoq..rilex ja tlg aku..b4 b4 ni pn time aku p rmh Ah Song, dia la yg byk tlg aku klu aku tak tau apa2...syg nya, aku tak tau plk apa fb Ah Song..

gbr hiasan, bkn Ah Song



Akhir Sekali, 
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR BATIN

 Cengselor









No comments:

Post a Comment